Tuesday, April 21, 2009

PROGRAM DAN AKTIVITI

KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN 2009
30 APRIL 2009 - 1 MEI 2009
BRINDLEY TRAINING & CAMP SDN BHD,
KOMPLEKS UNITY, 71250 PASIR PANJANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.

JAWATANKUASA PSS


DALAM PEMBIKINAN

BIODATA GURU BPM


Norazizah Binti Abdullah



SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Perpustakaan sekolah telah mula wujud sejak sebelum merdeka lagi, iaitu pada awal tahun 1950-an, namun ianya tidak secara menyeluruh, dan perkembangan penubuhan perputaskaan tidak begitu diutamakan. Beberapa sekolah dipilih sebagai pusat bagi menempatkan beberapa jenis alat pandang dengar. Projek ini menemui kegagalan kerana tidak diuruskan dengan berkesan disamping kekurangan kakitangan terlatih.

Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya. Antaranya:-
  • Semua koleksi ditempatkan di sebuah bilik khas
  • Guru Perpustakaan / Pustakawan diberi kursus perpustakaan selama setahun
  • Koleksi buku purata 10 judul bagi 1 pelajar
  • 2 hingga 3 naskah akhbar

Pada tahun 1962, Kementerian Pelajaran (Pendidikaan) memperkenalkan kursus sepenuh masa bagi guru-guru Perpustakaan ini. Pengambilan pertama melibatkan 13 orang guru. Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran (Pendidikan) menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah ("Sol Library Manual") yang disediakan Margerat Walker.

Pada tahun 1965, TV Pendidikan telah memulakan satu lagi program perintis bagi Sains Amcho (General Science) yang diterbitkan dibawah Kementerian Penerangan bersama Biologi (Kajihayat). Pada tahun 1967 Perpustakaan Sekolah diletakan dibawah pengurusan Biro Buku Teks di Kementerian Pendidikan. seterusnya pada tahun 1974, pengurusan Perpustakaan Sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran.

Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah dapat memberikan ganbaran yang lebih tepat kerana Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.

Pada tahun 1983 juga, diwujudkan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Empat buah negeri talah dipilih iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, dan Terengganu Negeri yang tidak mempunyai PSPN , Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan peranan yang sama.

Seterusnya, Unit Teknologi Pendidikan ini akhirnya dinaiktarafkan kepada Pusat Sumber Pendidikan negeri pada tahun 1977.

OBJEKTIF

  1. KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, dan potensi individu serta sahsiah

2. PENGGUNAAN KEMUDAHAN

  • Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kapada buku teks dan kaedah tradisional sahaja

3. PEMUPUKAN TABIAT BELAJAR

  • Memupuk tabiat belajar sendir, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis

4. PENGHASILAN BAHAN

  • Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai, dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran

5. PERKHIDMATAN PEMBELAJARAN

  • Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dikalangan pelajar-pelajar

6. KEMAHIRAN MAKLUMAT

  • Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran

JADUAL PERSEKOLAHAN 2009

 

blogger templates | Make Money Online